Strategy Terbaik Memulakan Perniagaan Restoran

Tidak dapat dinafikan, perniagaan Restoran sememangnya mampu mendatangkan pendapatan yang sangat lumayan, kerana semua orang sangat sukakan makanan.  Banyak orang yang lebih suka makan diluar berbanding di rumah kerana mereka boleh berborak atau lepak dengan kawan kawan. Penduduk di Malaysia terutamanya sangat bertuah kerana mampu menikmati sarapan pagi sehinggalah kepada hidangan makan malam tanpa perlu tahu memasak.  Malahan kadangkala makan di luar boleh lebih berjimat dibandingkan masak sendiri di rumah, terutamanya bujang yang duduk seorang di rumah.  Tinggal lagi pilih sahaja mana-mana restoran yang berkenan dihati.

Kerana itu semakin banyak orang mahu membuka kedai-kedai makan baru di Malaysia,  seperti warung, cafe, bistro, gerai sehinggalah kepada restoran mewah bertaraf lima bintang.  Keberadaan kedai makan yang banyak itu memberikan gambaran seolah-olah semua orang tahu dan mahu membuka restoran.

Anda tidak memerlukan kepakaran memasak untuk membuka sebuah restoran.  Malahan kebanyakan pemilik restoran memang tidak tahu memasak. Mereka yang menceburkan diri didalam perniagaan restoran ini kebanyakannya terdiri daripada ahli-ahli politik, artis, model, surirumah ataupun ahli perniagaan yang memang sangat sukakan makanan.

Banyak juga orang-orang daripada luar negara yang membuka restoran di Malaysia kerana mereka ingin memperkenalkan resipi budaya makanan  daripada negara mereka.

Walaupun sesiapa sahaja boleh membuka perniagaan Restoran, namun hanya yang benar-benar berdisiplin, berdedikasi dengan daya keusahawanan yang tinggi sahaja yang akan berjaya mengendalikan dan membuka sebuah Restoran.

 

Pengalaman saya membuka restoran di Kuala Lumpur diperolehi pada masa saya bekerja di sebuah syarikat yang memiliki beberapa restoran.

Pengalaman saya sendiri ketika kali pertama bekerja membuka restoran benar-benar mencabar  mental dan fizikal. Setiap hari saya berkejar dengan masa dalam memastikan kerja-kerja renovasi di restoran dilakukan mengikut pelan, membeli kelengkapan dan peralatan restoran, menyediakan sistem Point of Sales, mencari pembekal-pembekal yang berpotensi dan juga melantik kakitangan dalam pelbagai jawatan.

Namun begitu, satu perkara yang benar-benar menguji kesabaran saya adalah proses membuat permohonan lesen-lesen yang yang diperlukan.

Saya mendapati bahawa dengan Syarikat yang berdaftar dan mempunyai lesen perniagaan yang sah itu adalah tidak mencukupi! Hanya selepas restoran beroperasi, saya baru tahu bahawa saya tidak dapat meletakkan papan tanda di restoran kerana saya tidak ada lesen papan tanda.  Saya harus berulang alik ke pejabat DBKL untuk memohon lesen papan tanda.

Saya juga mendapati bahawa saya tidak boleh memainkan muzik di dalam restoran kerana saya tidak mempunyai lesen muzik.  Saya tidak tahu yang memainkan muzik di restoran itu memerlukan lesen.

Meskipun saya seorang Muslim dan saya hanya menghidangkan makanan halal, saya tidak boleh memasang tanda halal di dalam restoran saya. Saya hanya boleh menuliskan halal apabila saya sudah memperoleh sijil halal daripada Jakim.

Dan begitulah satu persatu senarai lesen-lesen yang perlu saya mohon.

Alangkah baiknya sekiranya saya diberitahu tentang perkara ini sejak awal lagi, jadi saya tidak perlu membuang banyak masa berulang-alik ke DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) untuk membuat permohonan bagi mendapatkan lesen-lesen tersebut.

Kemudian saya mendapati bahawa saya perlu menambah jumlah Modal Dibayar syarikat (Paid Up Capital) sekiranya saya ingin mengupah pekerja asing untuk bekerja di premis saya. Kalaulah saya tahu lebih awal, sudah tentu saya memberi modal awal yang tinggi sewaktu mendaftar syarikat. Saya dapat menjimatkan masa dan wang sekiranya saya terus mendaftar syarikat dengan modal dibayar yang tinggi. Tak perlu lah membuat pembetulan dalam sijil syarikat.

Setelah selesai segala isu berkaitan lesen dan perundangan, apa yang saya dapati adalah saya telahpun membazirkan masa dan duit saya membeli segala peralatan dan perabot dapur dan restoran.  Sebenarnya saya boleh mendapatkannya secara percuma!

 Setelah melalui pengalaman pertama membuka restoran, sudah tentu sekiranya saya berhasrat untuk membuka restoran seterusnya adalah sangat mudah. Ini kerana saya  telahpun tahu apa yang perlu dilakukan bermula dari langkah pertama dan seterusnya.

Itulah tujuan utama kenapa saya menulis buku ini.  Saya ingin berkongsi  pengetahuan saya kepada sesiapa yang merancang untuk membuka restoran di Malaysia supaya anda tidak perlu melalui apa yang saya lalui.

Saya pasti selepas membaca buku ini, anda akan dapat membuka restoran anda dengan mudah, cepat dan menjimatkan masa, wang dan tenaga.

“Strategy Terbaik Memulakan Perniagaan Restoran”

ialah ebook yang akan membimbing anda langkah demi langkah untuk membuka restoran anda di Malaysia dengan cepat dan jimat




Adakah anda ingin membuka restoran tapi risau kerana tidak tahu:

  • bagaimana hendak bermula?
  • apakah syarat-syaratnya?
  • berapa banyak kos yang diperlukan?
  • di mana tempat yang sesuai?
  • bagaimana mendapatkan pembekal pembekal murah dan bagus?

JANGANLAH RISAU LAGI

Ebook “Stategy Terbaik Memulakan Perniagaan Restoran” mempunyai jawapan untuk segala persoalan anda.

Berbeza dengan ebook lain yang hanya menawarkan garis panduan awam, ebook ini memberikan informasi:

  • BAGAIMANA mendaftar sebuah syarikat
  • BAGAIMANA membuat permohonan lesen lesen yang diperlukan restoran
  • BAGAIMANA mendapatkan perabot dapur dan restoran secara PERCUMA
  • BAGAIMANA merancang kewangan anda

Dengan membaca ebook “Strategy Terbaik Memulakan Perniagaan Restoran” anda boleh membuka restoran pertama anda dengan tenang.

  • JIMATKAN MASA dengan melakukan langkah yang betul
  • JIMATKAN WANG dengan membeli daripada pembekal yang baik dan tidak membeli barang secara runcit
  • ELAKKAN PENING KEPALA kerana anda tahu bagaimana dan bila memohon lesen lesen yang diperlukan

ORDER SEKARANG DAN DAPATKAN

BONUS “SUPPLIER LIST MALAYSIA”


Tahukah anda bahawa mencari pembekal peralatan, makanan dan minuman yang terpercaya adalah sangat sukar?

Saya memerlukan lebih daripada 1 tahun untuk mengumpulkan senarai pembekal restoran yang dapat dipercayai.

Dengan BONUS SUPPLIER LIST MALAYSIA, anda tidak perlu pening mencari pembekal restoran.  Jimatkan masa anda untuk merancang pembukaan restoran anda.  Jangan bazirkan masa untuk mencari pembekal yang mungkin tidak boleh dipercaya.

Perancangan yang teratur dan teliti adalah perkara yang paling penting untuk dilakukan sebelum membuka Restoran anda. Rancang lokasi anda dengan betul bagi mengelakkan Restoran anda disita atau ditutup oleh pihak berkuasa.

Arahan serta berita tentang penutupan tidak dijangka oleh ramai pemilik restoran di Bangsar One. Apabila pemilik restoran menerima berita yang mengarahkan restoran mereka ditutup, ramai yang menyatakan rasa terkejut. Mereka tidak menjangkakan arahan penutupan itu, terutamanya apabila restoran mereka baru sahaja dibuka, dan mendapat sambutan hangat dari pelanggan.

The Star online – Isnin, 22 Mac, 2010
  • ELAKKAN RESTORAN ANDA DITUTUP kerana gagal memohon lesen yang diperlukan.
  • PENJIMATAN HAMPIR RIBUAN RINGGIT dengan mendapatkan peralatan dan kelengkapan Restoran secara PERCUMA! Saya akan kongsikan caranya…!!
  • MERANCANG KEWANGAN ANDA dengan membuat pelan perniagaan yang mudah, perkiraan kos yang tepat dan penetapan harga pada setiap menu dengan harga yang berpatutan.

Tahukah anda….

  • anda boleh didenda kerana memainkan muzik atau lagu di Restoran anda? Elakkan ini terjadi..!

  • anda tidak perlu membayar satu sen pun untuk peti sejuk, gelas dan juga cawan?

  • restoran anda mungkin tidak dibenarkan untuk mengambil rakyat asing untuk bekerja?









Dear Elly,

Setelah menjadi seorang usahawan di Germany selama lebih 30 tahun sebagai Pakar Perunding IT, kami telah merancang untuk membuka sebuah Restoran German di Ipoh. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana ebook ini yang menyediakan langkah terperinci dan menyeluruh tentang bagaimana membuka sebuah Restoran. 

– Mr. Bernd Neumann

Dear Elly,

Saya hampir kehilangan arah didalam industri ini dan tidak tahu dimana hendak bermula, sebelum saya membaca buku ini. Saya hanya mahu menyatakan bahawa buku ini adalah antara yang terbaik yang saya pernah baca.

-Mr Armand Kh

Ebook ini akan membantu anda untuk membuka Restoran pertama anda dengan penuh keyakinan kerana anda benar-benar telah bersedia sepenuhnya.

Berikut adalah  kandungan dan intipati ebook yang mengandungi 175 muka surat ini :

  1. Panduan mendaftar syarikat di Malaysia 
  2. Senarai lesen-lesen yang diperlukan untuk memulakan operasi Restoran anda secara sah.
  3. Panduan untuk membuat pelan perniagaan yang mudah: mengira berapa banyak modal yang diperlukan serta barapa banyak keuntungan yang boleh diperolehi.
  4. Bagaimana hendak mendapatkan peralatan PERCUMA untuk Restoran (cawan, peti sejuk, dan sebagainya)
  5. Bagaimana hendak membeli peralatan seperti sudu garfu dan gelas, serta peralatan perabot dengan harga yang lebih murah daripada harga pasaran. 
  6. Bagaimana menetapkan harga menu secara tepat dan menguntungkan
  7. Bagaimana memilih lokasi yang terbaik untuk Restoran anda 
  8. Rahsia untuk memastikan hari pembukan Restoran anda  berjalan dengan lancar.

 

Ebook ini akan memberi PENJIMATAN $$ beribu ringgit $$

dan membuang seribu satu perkara yang memeningkan..!!

Dengan hanya bermodalkan RM 89.90 anda boleh MENGELAKKAN  KERUGIAN BERIBU RINGGIT  

Tanpa pengetahuan yang cukup anda boleh menderita kerugian yang banyak dalam perniagaan restoran

                                                  

Kenapa anda perlu memastikan yang segala-galanya telah tersedia dan lengkap sebelum membuka Restoran anda untuk kali pertama?

Saya sangat percaya bahawa kesan pertama adalah sangat penting.  Ianya akan memberi impak yang besar dalam apa jua perkara…. terutamanya dalam perniagaan Restoran.

ANDA TIDAK MEMILIKI PELUANG KEDUA UNTUK MEMBERIKAN KESAN PERTAMA .

Bukalah Restoran anda hanya apabila anda telah benar-benar bersedia sepenuhnya. Janganlah membuka restoran apabila masih ada yang belum siap.

Semua bahagian operasi restoran haruslah siap.  Semua pekerja anda harus siap untuk menerima jumlah pelanggan yang ramai pada hari pertama pembukaan.

Apabila satu Restoran baru dibuka, banyak orang yang akan teruja untuk mencuba makanan di Restoran baru anda.  Anda harus membuat mereka jatuh cinta pada kali pertama mereka mencuba Restoran anda.

Jangan sesekali gagal untuk membuat pelanggan anda teruja buat kali pertama.

LAKUKAN PERKARA YANG BETUL DAN

BUKA RESTORAN ANDA DENGAN TERATUR

PADA HARI PERTAMA 

Apabila pelanggan anda meninggalkan Restoran anda dengan rasa tidak puas hati, mereka pasti tidak akan datang lagi dan maklumbalas negatif akan mula tersebar dengan pantas.

Jangan biarkan Hari Pembukaan Restoran anda menjadi penyebab pertama kegagalan Restoran anda.

Pernahkan anda melalui pengalaman ini : Anda membawa keluarga anda ke Restoran yang baru dibuka dan disambut mesra oleh pemilik Restoran.  Pemilik restoran memberi anda tempat duduk bersama 2 set menu yang terpaksa dikongsi oleh anda, isteri dan anak-anak kerana mereka tidak sempat membuat salinan yang mencukupi. Selepas itu, pelayan restoran pun datang untuk mengambil pesanan.

Setengah jam berlalu, hanya pesanan anak-anak yang sampai. Anda dan isteri/suami menunggu 20 minit tetapi makanan tak sampai lagi. Sesudah anak-anak menghabiskan makanan mereka, barulah makanan anda datang tetapi makanan isteri/suami anda masih belum datang. Setelah anda selesai menghabiskan makanan anda, barulah makanan isteri/suami anda datang. Di waktu itu, isteri/suami anda sudah hilang selera untuk makan dan hanya mahu makanan itu dibungkus untuk dibawa pulang.

Bill pun hanya datang selepas 10 minit anda memintanya kerana mesin tunai mereka mengalami kerosakan. Oleh kerana ia adalah waktu makan malam, pemilik Restoran tidak dapat menghubungi pembekal mesin yang beroperasi hanya pada jam 9pagi – 5 petang. Pemilik Restoran kemudian memohon maaf dan memberi alasan bahawa ia adalah hari pertama pembukaan Restoran dan dia tidak menjangkakan akan mendapat sambutan yang baik.

Sepanjang malam itu, pemilik Restoran tidak henti-henti memohon maaf kepada pelanggan beliau. Dia menyangka bahawa pembukaan Restoran pada malam itu telah berjaya dengan kedatangan pelanggan yang begitu ramai.  Dia merasakan hanya sedikit kesilapan teknikal telah berlaku.

Tanpa disedari, sebenarnya keseluruhan pelanggan pada malam itu telah pulang dengan membawa berita buruk tentang Restoran.  Dengan hanya menggunakan telefon bimbit, berita buruk itu siap disebarkan dengan pantas: service teruk, makanan lambat dan lain lain.

 

BELI EBOOK SEKARANG DAN DAPATKAN

BONUS ISTIMEWA 

SENARAI LENGKAP MELEBIHI 60 PEMBEKAL DAN 300 PRODUK 

Saya mempunyai pengalaman terlibat dalam pembukaan, operasi dan pengurusan beberapa buah restoran di Kuala Lumpur selama lebih 10 tahun. Walaupun latarbelakang pendidikan saya di dalam Pengurusan Perakaunan (Saya mempunyai ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti of San Diego – USA dan MBA daripada University of San Diego – USA), keghairahan saya pada makanan telah membawa saya kepada industri ini. Saya sangat sukakan makanan dan apa sahaja yang berkaitan dengan makanan.

Pengalaman dalam dunia F&B pasti akan menyeronokkan tetapi ia juga sangat berisiko jika anda tidak tahu strategi yang betul. Sebelum anda menceburi dunia F & B, anda perlu mendapatkan ilmu pengetahuan sebanyak mungkin. Risiko kerugian akan berkurang apabila anda mengetahui strategi terbaik untuk memulakan perniagaan restoran.

Saya mungkin belajar melalui cara yang sukar tetapi itu tidak bermakna anda semua perlu melalui apa yang telah saya lalui. Dengan membaca ebook ini, anda telahpun melangkah setapak kedepan untuk memenuhi impian anda memiliki Restoran anda sendiri.

 


Untuk sebarang pertanyaan, sila email saya di  ellysuliana2@gmail.com Semoga anda berjaya dan menikmati keseronokan dalam pembukaan restoran anda.

 

Elly Suliana